fbpx

Lee Ga-eun mangsa manipulasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE GA-EUN

SELEPAS terpalit sebagai seorang daripada selebriti yang terlibat dalam kancah manipulasi jumlah undian program realiti Produce 48, Lee Ga-eun akhirnya membuka mulut menjelaskan isu berkenaan kepada umum.

Dia yang tampil dalam temu bual bersama majalah Esquire bagaimanapun mengakui seperti hidup dalam kekosongan sebaik sahaja perkara tersebut menjadi tular bulan lalu.

“Saya bimbang timbul salah faham atau kenyataan diputar belit. Sebab itu saya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Tetapi saya tidak rugi apa-apa ketika menyertai program berkenaan. Sejak awal penyertaan lagi, saya fikir memang saya tidak akan rugi apa-apa kalau tersingkir.

“Sebaliknya saya mencapai banyak perkara menerusi program ini. Setidak-tidaknya, saya berpeluang mendekatkan diri dengan peminat.

“Saya sudah melakukan yang terbaik, sebab itu saya langsung tiada sesalan,” ujarnya penuh makna.
November lalu, dunia hiburan K-pop dikejutkan dengan pendedahan laporan berhubung isu manipulasi undian dalam program Produce 48.

Pelatih atau penyanyi yang menyertai program berkenaan kebanyakannya disingkirkan kerana permainan dalaman, sedangkan mereka tidak sepatutnya terkeluar awal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI