fbpx

KL Thunder idam rekod tanpa kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN KL Thunder melakar sejarah memenangi STL dan mengintai peluang untuk mencatat satu lagi sejarah baharu dengan menamatkan liga tanpa kekalahan.

KUALA LUMPUR (KL) Thunder melakar sejarah tersendiri apabila menjulang kejuaraan Liga Sepak Takraw (STL) buat kali pertama selepas menang 21-12, 21-16 ke atas PDRM Defenders semalam.

Pada aksi di Stadium Titiwangsa, KL Thunder yang di­barisi pemain berpengalaman tidak berdepan sebarang masalah mengetepikan cabaran pasukan tercorot itu.

Kapten pasukan KL Thunder, Amirul Zazwan Amir me­negaskan, selepas melakar sejarah memenangi STL, pasukan itu kini mengintai peluang untuk mencatat satu lagi sejarah baharu dengan menamatkan liga tanpa sebarang kekalahan.

“Alhamdulillah, kerana KL Thunder berjaya menjulang kejuaraan pertama pada sai­ngan STL. Memang sasaran kami adalah untuk muncul juara dan saya bersyukur kerana kami berjaya realisasikannya.

“Bagaimanapun, masih ada dua perlawanan dan kami akan cuba untuk memenangi kedua-dua perlawanan tersebut. Kami mahu tamatkan saingan liga tanpa sebarang kekalahan,” katanya sejurus tamat perlawanan.

Mengulas aksi menentang PDRM, Amirul berkata, mereka lebih banyak menerapkan taktikal bertahan sepanjang perlawanan sebelum memastikan kemenangan ke-16 musim ini.

“Berhubung aksi menentang PDRM, saya akui kami lebih banyak bertahan pada perlawanan itu. Kami cuba menyesuaikan diri dengan perlawanan sebelum tampilkan aksi sebenar.

“Pada set kedua, kami mula tingkatkan serangan ke atas mereka dan ia membuahkan hasil. Menjelang dua perlawanan terakhir, kami akan cuba pamer tampilkan aksi terbaik dan hadiahkan kemenangan kepada peminat,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI