fbpx

JKR Perak terima 705 aduan jalan rosak, 685 sudah dibaiki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (tiga dari kanan) beramah mesra bersama mahasiswa yang terkesan Covid-19 selepas Majlis Penyampaian Bantuan Khas Mahasiswa Terkesan Covid-19 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto - ZULFACHRI ZULKIFLI.

IPOH – Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak berjaya menyelesaikan 685 daripada 705 aduan berkaitan kerosakan jalan yang berlaku di seluruh negeri Perak.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, di daerah Kinta yang menerima aduan tertinggi, JKR sudah memperbaiki 321 daripada 329 aduan kerosakan yang diterima.

“Di Kinta, kita dah capai 94.69 peratus penyelesaian, manakala di Kuala Kangsar 27 daripada 28 aduan diselesaikan manakala di daerah Kampar 14 daripada 15 aduan sudah diperbaiki.

“Tahniah kepada JKR Perak yang ambil tindakan segera dari semasa ke semasa, jika ada aduan dan jalan rosak kita akan ambil tindakan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Bantuan Khas Mahasiswa Terkesan Covid-19 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Terdahulu, seramai 1,200 mahasiswa layak menerima bantuan berkenaan yang akan diagihkan mengikut fasa dengan 551 mahasiswa menerima pada fasa pertama manakala 649 lagi akan menerima bantuan pada fasa kedua.

Setiap mahasiswa akan menerima bantuan sebanyak RM150 setiap orang dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM200,000 yang disalurkan melalui transaksi atas talian.

Saarani berkata, kerajaan negeri amat prihatin dengan situasi semasa yang berlaku dan akan terus membantu bagi memastikan kebajikan rakyat diutamakan.  – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI