fbpx

Jangan ambil berat hanya kerana saya seorang menteri – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy berterima kasih kepada JKR yang prihatin dengan kemalangan yang menimpa dirinya semasa berbasikal kelmarin.

PETALING JAYA – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menjelaskan tujuan beliau memuat naik insiden terjatuh ketika berbasikal menerusi Twitter adalah untuk memberi peringatan kepada pengguna jalan lain.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, beliau tidak menyangka ciapannya di Twitter mendapat perhatian pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Niat saya semalam memuat naik insiden ini di Twitter ialah untuk beri peringatan kepada pengguna jalan lain, namun ia nampaknya mendapat perhatian JKR.

“Saya berterima kasih kepada JKR kerana peka dengan isu ini, tetapi janganlah hanya disebabkan saya menteri, baru mahu ambil berat,” katanya melalui laman Facebook Transformasi Bersama KJ malam tadi.

Tambahnya, apa yang paling penting ialah jangan biarkan jalan-jalan yang rosak atau berlubang mengambil masa terlalu lama untuk diturap semula.

Kelmarin, Khairy cedera ringan selepas terjatuh dari basikal akibat terlanggar lubang jalan ketika berbasikal berhampiran Kampung Sri Cheeding, Banting, Selangor.

Mengulas lanjut, Khairy mengakui tidak nampak lubang pada jalan berkenaan.

“Kalau nampak, boleh elak. Tetapi, saya yang berbasikal dengan kelajuan maksimum 40 kilometer sejam pun tak nampak. Apatah lagi penunggang motosikal?

“Jadi, saya ambil pandangan positif maklum balas pelbagai pihak yang ingin saya kemalangan ketika melalui kawasan mereka supaya tindakan segera dapat diambil. Isu pokoknya, masalah jalan berlubang ini memerlukan penyelesaian segera kerana ia dekat di hati rakyat,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI