fbpx

Jakim mahu industri daging terus patuh SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berharap industri daging import dan tempatan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan supaya tidak lagi terkait dengan isu penyeludupan daging haram dan daging tidak berlogo.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata, pihaknya menggalakkan industri daging tempatan dan import membuat permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Beliau berkata, Jakim menginsafi isu daging import yang berlaku ketika ini.

“Justeru, tindakan segera telah, sedang dan akan diambil termasuk mengadakan perbincangan serta mesyuarat dengan pihak terbabit dari semasa ke semasa.

“Kami juga akan terus mengadakan lawatan ke rumah sembelihan dan pusat pengumpulan daging import,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, pihaknya juga akan memuktamadkan SOP terbaharu berkaitan industri berkenaan termasuk penambahbaikan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI