ROM, Itali – Seorang remaja perempuan yang mempunyai hobi mengubah suai bentuk badan dan mencacah tatu, ingin mengubah dirinya supaya menyerupai anak patung popular, Bimbo Barbie.
Setelah menjalani pembedahan plastik termasuk mewarnakan anak mata, meregangkan telinga dan mencacah tatu pada badannya, gadis dikenali sebagai Chiara, 19, yang sebelum ini nampak ‘ganas’ akhirnya menyuarakan keinginan untuk tampil lebih feminin serta ayu.
Chiara mula menukar gaya dan memakai warna merah jambu, bersenam serta meluangkan masa mempelajari teknik solekan untuk melembutkan raut wajahnya bagi mencapai impian tersebut.
Menurut laporan DailyStar kelmarin, dia juga berharap untuk mendapatkan payudara yang jauh lebih besar agar bersesuaian dengan penampilan baharunya.
Menerusi gambar terbaharu yang dimuat naik di akaun Instagramnya, Chiara berkata, gaya terbaharu tersebut mendapat inspirasi daripada Bimbo Barbie.
Bimbo merujuk kepada perkataan bermaksud seseorang yang naif atau kurang cerdik.
“Keinginan saya untuk semua ubah suai badan bukan untuk menarik perhatian sesiapa. Ini adalah keperluan peribadi. Saya merasakan perlu untuk tampil lebih feminin,” katanya. – Agensi