fbpx

Dua bulan terpaksa makan guna tiub

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Sofian tidak mampu bergerak dan hanya bergantung kepada bantuan tiub untuk makan di rumah adiknya di Taman Bahagia Api-Api, Pontian.

PONTIAN – Seorang bekas pekerja hotel kini terpaksa bergantung hidup kepada bantuan tiub untuk me­nyalurkan susu formula ke dalam badan selepas dia menghidap penyakit ­gangguan saraf pada otak atau epilepsi.

Mohd. Sofian Ma’rop, 31, yang pernah bekerja di Hotel Impiana Senai dan Hotel Capri di Johor Bahru telah dua bulan terlantar di atas katil sejak kejadian dia diserang sawan sehingga terjatuh pada 24 Oktober lalu.

Lelaki itu kini dijaga keluarga dan adiknya, Nurul Syahirah Adibah, 31, di Taman Bahagia, Api-Api di sini selepas dibenarkan keluar dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) dekat sini.

“Sebelum ini abang saya pernah bekerja di beberapa buah hotel sebelum berhenti selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat diserang sawan sehingga dia terjatuh dan kepala­nya terhantuk pada benda keras.

“Sekarang ini dia tidak mampu uruskan diri sendiri dan sudah dua bulan terlantar di atas katil. Abang bertahan hidup ha­nya dengan bantuan tiub untuk menyalurkan sumber makanan ke dalam badan,” kata Nurul Syahirah ketika ditemui baru-baru ini.

Nurul Syahirah berkata, susu formula yang berharga RM71 setin merupakan makanan utama abangnya yang perlu disalurkan menggunakan tiub melalui hidung.

“Dalam sebulan, abang memerlukan 15 tin susu formula selain lampin pakai buang sebanyak 12 hingga 14 bungkus,” katanya.

“Kami sedang menunggu bantuan pertama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” ujarnya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Nurul Syahirah Adibah di talian 017- 3879875.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI