fbpx

200 gerai mudah alih akan dibekal kepada penjaja Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBERAPA penerima gerai mudah alih bergambar dengan gerai masing-masing di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Seramai 200 gerai mudah alih akan diserah kepada penjaja di sekitar Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang terpilih sebelum 31 Disember ini.

Sebagai permulaan, beberapa penjaja di PPR Pekan Batu dan PPR Wahyu menerima kemudahan itu yang merupakan sebuah inisiatif prihatin rakyat di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama kondusif DBKL serta Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).

Menerusi pemberian gerai itu, penjaja dapat berniaga dengan lebih selesa di bawah program Lesen KLPrihatin (Wilayah Bebas Berniaga).

Kerjasama itu pasti membuahkan hasil positif selain meringankan beban rakyat yang berhadapan dengan pelbagai cabaran sejak penularan Covid-19. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI