fbpx

1,925 kes positif, sembilan kluster baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 1,925 kes dicatatkan hari ini.

PUTRAJAYA – Kes penularan harian Covid-19 melaporkan sebanyak 1,925 kes melibatkan 1,915 penularan tempatan dan lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor melaporkan kes harian tertinggi sebanyak 747 kes diikuti Kuala Lumpur (360) dan Pahang (288).

“Sebanyak sembilan kluster baharu dikesan iaitu Kluster Seri Lanang di Selangor serta Kluster Jalan Chu, Kluster Tapak Bina Awan Puteh, Kluster Integra Ikon dan Kluster Jalan Satang di Kuala Lumpur.

“Seterusnya ialah Kluster Tembok Mempaga di Bentong, Kluster Timbang Dayang di Kota Belud, Kluster Teguli di Sabah dan Kluster Rambai di Melaka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, dua lagi kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan membabitkan warganegara menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian sebanyak 457.

Pada masa sama, beliau berkata, sebanyak 1,123 kes pulih dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih adalah 86,715 setakat hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI