fbpx

Verstappen selesa bersama Red Bull

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN mengakui terhutang budi dengan Red Bull menyebabkan dia membuat keputusan untuk kekal bersama pasukan itu. – AFP

Britain – Meskipun berdepan beberapa isu bersama pasukan Red Bull, namun pelumba Belanda, Max Verstappen dilaporkan tetap gembira untuk terus berkhidmat bersama pasukan tersebut.

Pengurus Verstappen, Raymond Vermeulen mengesahkan perkara tersebut, lebih-lebih lagi pelumba berusia 23 tahun itu sudah menandatangani kontrak sehingga 2023.

Bagaimanapun, berdasarkan kontrak tersebut, Verstappen dikatakan berhak untuk menamatkan perjanjian lebih awal sekiranya Red Bull gagal menyediakan jentera yang mampu bersaing merebut kejuaraan dunia.

“Saya fikir kami sudah lakukan pilihan tepat untuk terus bersama pasukan ini. Saya dan Max (Verstappen) sudah sepakat dengan keputusan untuk kekal di Red Bull.

“Max sudah mendapat banyak pendedahan serta tunjuk ajar bersama Red Bull. Kami rasa sa­ngat selesa bersama pasukan itu, jadi sekarang kami mahu fokus pada perancangan masa depan,” kata Vermeulen.

Walaupun masih belum ada sebarang perjanjian berhubung enjin jentera Red Bull bagi musim 2022, namun Vermeulen me­negaskan, Verstappen langsung tidak melatah dengan keadaan tersebut.

“Sudah tentu pihak pengurusan Red Bull sentiasa memaklumkan perkembangan pasukan. Tahun depan, kami akan kekal menggunakan enjin Honda dan kami tetap positif mengenai musim berikutnya,” ujarnya.  – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI