fbpx

Usyk mahu berdepan Joshua di Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
USYK memilih UK kerana percaya masyarakat di negara itu lebih gilakan sukan tinju berbanding Arab Saudi. – AFP

SIMFEROPOL, Ukraine – Petinju Ukraine, Oleksandr Usyk dikatakan sedia untuk berdepan juara heavyweight dunia, Anthony Joshua pada pertarungan berikutnya.

Bagaimanapun, dia mahu pertarungan tersebut diadakan di Britain, bukannya di Arab Saudi biarpun dijangka mampu menjana pendapatan lebih lumayan.

Petinju berusia 33 tahun itu merupakan pencabar wajib yang perlu dihadapi Joshua selepas dia mengekalkan gelaran WBO dengan menewaskan Kubrat Pulev dua minggu lalu.

“Sebenarnya, saya tidak kisah pertarungan dengan Jo­shua diadakan di mana sekalipun kerana saya tetap akan datang. Bagaimanapun, jika diberikan pilihan, saya mahu ia diadakan di Britain.

“Saya lebih memilih ia diadakan di Britain kerana orang-orang di sana sangat gilakan tinju dan sangat baik. Sudah tentu ia akan jadi satu pertarungan menarik buat kami berdua,” kata Usyk.

Sementara itu, dia juga tanpa berselindung menyuarakan hasratnya untuk berhadapan dengan Deontay Wilder, sekali gus menghangatkan lagi arena tinju dunia.

“Sebagai petinju profesional, sudah tentu saya mahu bertemu dengan lebih ramai lawan berkualiti. Salah seorang yang mahu jumpa adalah Deontay Wilder,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI