BEIJING – Kira-kira tujuh orang dilaporkan terbunuh manakala tujuh lagi cedera dalam serangan pisau di luar sebuah pusat sauna di timur laut China, lapor akhbar DailyMail.
Serangan tersebut berlaku di bandar Kaiyuan dalam wilayah Liaoning petang semalam (Ahad), demikian menurut media tempatan.
Suspek yang dikenali dengan nama keluarga Yang telah ditangkap pihak polis namun motif serangan masih belum diketahui.
Kes jenayah melibatkan pisau bukan perkara baharu di China memandangkan penggunaan senjata api dikawal ketat dengan sejumlah serangan sama berlaku di sekolah dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.
Sejumlah serangan serupa sebelum ini kebiasaannya digambarkan sebagai pesakit mental atau menyimpan dendam peribadi. – Agensi