fbpx

Tipu kelulusan kuota pekerja asing, 2 lelaki dipenjara dan denda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Akibat menipu seorang pengarah syarikat berhubung kelulusan kuota pekerja asing daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dua lelaki dikenakan hukuman penjara dan didenda oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Rozina Ayob menjatuhkan hukuman penjara tujuh bulan terhadap Mohd. Amir Othman, 55, dan denda RM10,000 terhadap Muhammad Zarul Ariff Mohd . Zawawi, 26 selepas kedua-duanya mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan.

Prosiding hari ini sepatutnya ditetapkan untuk perbicaraan namun kedua-dua tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah selepas ditawarkan pertuduhan pilihan.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Hakim Rozina menasihati tertuduh supaya mengambil iktibar dengan kesalahan yang dilakukan dan tidak mengulangi kesilapan sama.

Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama dengan seorang lagi yang masih bebas dengan niat bersama telah menipu Lim Yaw Shing, 53, dengan memperdayakan mangsa untuk mempercayai bahawa mereka telah menguruskan proses mendapatkan kelulusan kuota pekerja asing daripada KDN bagi sebuah syarikat.

Namun mereka tidak melaksanakannya sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang berjumlah RM25,000.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di tempat letak kenderaan kawasan Rehat dan Rawat, Awan Besar, Lebuh Raya Kesas, di sini, pukul 4.35 petang pada 13 Mac 2019.

Berikutan itu pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 417 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Asraf Mohamed Tahir memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran kepada kedua-dua tertuduh.

Bagaimanapun, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), K. Sumitra Devi yang mewakili tertuduh Mohd. Amir memohon hukuman berbentuk pemenjaraan yang singkat, manakala tertuduh Muhammad Zarul Ariff yang diwakili peguam Muhamad Aizat Fakri memohon hukuman denda yang ringan.

Mengikut fakta kes, kedua-dua tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas telah menyatakan kepada mangsa bahawa mereka boleh menguruskan permohonan tersebut dengan bayaran penuh sebanyak RM75,000.

Mangsa kemudian telah membuat semakan surat kelulusan permohonan kuota pekerja asing yang diberikan, namun dokumen tersebut didapati palsu dan tidak berada dalam sistem yang digunakan KDN.K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI