fbpx

TH menang tempat kedua institusi pilihan graduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan.

PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) menerima pengiktirafan pemenang tempat kedua bagi institusi pilihan graduan Malaysia di bawah kategori sektor badan-badan berkanun baru-baru ini.

Kemenangan itu memasuki tahun ketiga sejak mula menerima pengiktirafan pada tahun 2017 dan 2018 hasil tinjauan dan undian 100% para graduan di Malaysia.

Ketua Pegawai Modal Insan TH, Rina Sarif berkata, tahun ini, pihaknya berjaya menduduki tangga 40 teratas majikan terkemuka pilihangraduan dalam senarai 100 majikan pilihan golongan itu.

“Pelbagai institusi lain turut dicalonkan dan menerima pengiktirafan seperti dalam sektor perbankan, automotif, insurans, kejuruteraan dan telekomunikasi.

‘Malaysia’s 100 adalah program pengiktiran anugerah pengambilan siswazah terbesar di Malaysia selain menjadi penanda aras kepada tahap kecemerlangan jenama majikan,” katanya di sini tadi.

Katanya, ia merupakan kajian terbesar dan paling lama dilakukan ke atas pola pengambilan siswazah di Malaysia.

“Setiap tahun, kajian yang dilakukan memberi peluang kepada graduan untuk berkongsi keperluan dan kehendak mereka dalam memilih pekerjaan pertama mereka,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI