fbpx

[VIDEO] Setengah jam keluarkan lembu 100kg jatuh longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM dan bomba menyelamatkan lembu betina seberat 100kg yang jatuh dalam longkang di Sungai Buloh, Jeram, pagi tadi.

KUALA SELANGOR – Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan bomba memerah kudrat lebih setengah jam bagi menyelamatkan seekor lembu betina yang terjatuh ke dalam longkang di Sungai Buloh, Jeram di sini pagi tadi.

Lembu seberat 100 kilogram (kg) itu dikatakan terjatuh sendiri ke longkang sedalam kira-kira satu meter ketika melalui kawasan tersebut.

Pegawai Pasukan APM Kuala Selangor, Leftenan Muda (PA) Suzaini Sulaiman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 10.18 pagi sebelum tiba 10.52 pagi bagi mengeluarkan haiwan berkenaan.

Katanya, perkara perlu dilakukan hati-hati berikutan bertindak agresif dan cuba menanduk anggota penyelamat termasuk daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor yang bersama-sama dalam operasi tersebut.

“APM dan bomba menggunakan tali khas bagi menarik haiwan tersebut keluar daripaa longkang berkenaan.

“Lembu itu berjaya dikeluarkan pukul 11.22 pagi dengan pemeriksaan mendapati terdapat kesan kecederaan badannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Jelas beliau, lembu kemudiannya diserahkan kepada pemiliknya untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI