fbpx

Polis, KKM rampas ubat gemuk haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sahabudin (depan kiri) pada sidang akhbar di IPK Pulau Pinang, George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Polis membongkar satu sindiket memproses dan menjual produk ubat-ubatan tradisonal haram dipercayai untuk menaikkan berat badan bernilai RM14 juta selepas menyerbu dua buah premis di Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah dekat sini Khamis lalu.

Dalam operasi khas yang dijalankan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) mulai pukul 10 pagi itu, seramai empat suspek terdiri dua beradik dan pasangan suami isteri diberkas di dua lokasi berasingan.

Ketua Polis Negeri, Datuk Sahabudin Abd Manan berkata, pembongkaran aktiviti tersebut dilakukan selepas pihaknya menyerbu sebuah kilang di Taman Perindustrian Macang Indah di Bukit Mertajam yang disyaki memproses bahan terlarang.

Menurut beliau, pemeriksaan lanjut sebaliknya mendapati kilang tersebut menjalankan aktiviti memproses ubat-ubatan tradisional Cina yang mencurigakan.

“Kita kemudiannya telah mendapatkan kerjasama pihak KKM untuk membantu menjalankan siasatan lanjut berhubung status ubat tersebut.

“Hasil pemeriksaan pihak terbabit mendapati kilang yang beroperasi tanpa lesen oleh KKM itu telah menjalankan aktiviti memproses dan menjual produk ubat-ubatan tradisional Cina secara tidak berdaftar di pasaran negara ini dan luar negara.

“Susulan serbuan pertama dan tangkapan tiga suspek termasuk dalang serta pekerjanya iaitu pasangan suami isteri kemudiannya telah membawa kepada satu lagi serbuan di premis kawasan berhampiran,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini hari ini.

Beliau memberitahu, operasi kedua itu juga turut membawa kepada seorang tangkapan lelaki tempatan dan rampasan 156,777 botol pelbagai jenama yang mengandungi kapsul serta pil.

Kesemua barangan rampasan termasuk peralatan memproses ubatan-ubatan bernilai RM14 juta manakala suspek telah dibebaskan selepas selesai memberi keterangan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI