fbpx

Perseteruan Dovi-Lorenzo belum berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DOVIZIOSO (kiri) didakwa tidak berpuas hati dengan bayaran yang diterima oleh Lorenzo berbanding dirinya ketika kedua-dua mereka bersama Ducati. – AFP

LUGANO, Switzerland – Juara tiga kali Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), Jorge Lorenzo membidas bekas rakan sepasukan, Andrea Dovizioso selepas pelumba Itali itu memperlekehkan kemampuannya.

Terdahulu, Dovizioso mendakwa pelumba Sepanyol itu masih menyimpan dendam, terutamanya selepas Lorenzo gagal menewaskannya ketika bersama Ducati pada 2017 dan 2018.

Pada dua musim tersebut, Dovizioso muncul naib juara di belakang pelumba Repsol Honda, Marc Marquez, manakala Lorenzo sekadar menamatkan saingan di tempat ketujuh dan kesembilan.

Bagaimanapun, Lorenzo tampil menyelar bekas rakan sepasukannya itu apabila menyifatkan Dovizioso masih kecewa berhubung bayaran yang diterima.

“Dia (Dovizioso) sebenarnya cemburu tetapi saya tetap mahu jaga hubungan dengannya. Saya masih ingat dia keluarkan kata-kata negatif walaupun saya ucapkan tahniah kepadanya selepas berjaya menaiki podium.

“Saya faham dia mungkin masih kecewa kerana Ducati mempertaruhkan masa depan pasukan ke atas saya. Mereka membayar saya 12 kali ganda lebih berbanding Dovi,” ujar Lo­renzo.

Justeru, dia berharap Dovizioso berhenti mengeluarkan kenya­taan tidak bijak selain percaya dia mampu menewaskan pelumba Itali itu sekiranya Ducati memberi peluang lebih lama kepadanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI