fbpx

Penawar Arsenal ubati kekecewaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARSENAL melakukan kejutan apabila menewaskan Chelsea 3-1 pada aksi di Emirates awal pagi semalam . – AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berharap kejayaan pasukan itu meraih kemenangan pada Hari Krismas akan memberikan sedikit harapan buat para penyokong mereka selepas mengakui bahawa mereka semua terpaksa melalui ‘kesengsaraan’ sebelum ini.

Pada aksi di Emirates awal pagi semalam, Arsenal membuktikan ramalan banyak pihak bahawa mereka akan menambah koleksi kekalahan sebagai tidak benar apabila meraih kemena­ngan 3-1 ke atas Chelsea.

Arsenal sebelum ini gagal me­raih sebarang kemenangan dalam tujuh perlawanan liga.

Bagaimanapun, tiga gol menerusi jaringan Alexandre Lacazette, Granit Xhaka dan Bukaya Saka menamatkan badi kekalahan selepas kali terakhir meraih kemenangan pada 1 November lalu dan buat kali pertama di Emirates sejak menundukkan Sheffield pada Oktober lepas.

Menyedari bahawa kedudukannya bersama Arsenal dalam bahaya, Arteta mahu para pemainnya memberikan aksi luar biasa dan mereka melakukannya dalam tempoh 60 minit untuk meledak tiga gol tersebut.

“Keputusan ini sangat pen­ting, kami sangat memerlukan kemenangan. Kami bernasib malang dan berdepan kekecewaan sejak lapan minggu lalu dan ini hari yang sangat bermakna buat kami.

“Sejak daripada wisel pertama, pasukan telah mempamerkan kekuatan dan kesanggupan untuk turun mencari kemena­ngan dalam perlawanan ini.

“Semangat sebelum perlawanan bermula sangat positif dan mereka sudah tidak sanggup berdepan kekalahan. Saya sangat gembira apabila kami kembali memberikan peminat keceriaan seperti ini,” katanya.

Arsenal kini menduduki tangga ke-14 Liga Perdana Inggeris dengan perbezaan 10 mata berbanding pasukan yang berada di kelompok empat teratas.

Arteta berharap kejayaan ini menjadi titik tolak kebangkitan pasukannya dalam mengharungi baki saingan liga untuk mencari penamat terbaik musim ini.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI