fbpx

Pandemik percepat transformasi digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CYBERJAYA menyediakan ekosistem terbaik buat syarikat dan organisasi dalam proses transformasi digital.

KUALA LUMPUR – Krisis kesihatan disebabkan pandemik Covid-19 telah mempercepatkan proses transformasi digital dengan perubahan yang sepatutnya mengambil masa tujuh tahun, berlaku dalam masa beberapa bulan sahaja.

Pengarah Polisi dan Hal Ehwal Awam Grab Malaysia, Ebi Azly Abdullah berkata, Covid-19 membuktikan perniagaan perlu menerima proses transformasi digital untuk kekal relevan.

“Grab mempunyai komitmen jangka panjang dalam pendigitalan perniagaan tradisional dan kecil-kecilan, kami ingin memastikan mereka turut termasuk dalam pertumbuhan ekonomi digital ini.

“Kami juga percaya pekerjaan gig adalah bahagian penting dalam ekonomi baharu dan kita perlu memastikan pekerjaan ini bersifat adil, inklusif serta berterusan untuk semua,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi webinar bertemakan ‘Imbasan Perniagaan 2020 & Unjuran Menuju 2021’ anjuran pemaju hab teknologi Cyberjaya, Cyberview Sdn. Bhd. (Cyberview) yang diadakan secara maya baru-baru ini.

Program tersebut mengumpulkan nama-nama besar dalam syarikat pemula tempatan untuk berkongsi pengalaman mereka dalam memenuhi keperluan dunia yang sedang berubah, kepentingan
pendigitalan serta norma baharu industri masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif Uni Enrol Malaysia, Rickson Khaw berkata, sebilangan industri dijangka menunjukkan prestasi lebih baik tahun depan menerusi pelbagai inisiatif yang dilaksanakan bagi menambah baik mutu perkhidmatan.

“Saya percaya 2021 akan menjadi tahun luar biasa untuk sebahagian besar sektor kerana ramai yang telah mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’ tahun ini, menyebabkan banyak pembelian
ditangguhkan ke tahun hadapan.

“Bagaimanapun, jangkaan untuk pengalaman pelanggan yang baik terhadap penjual dan penyedia perkhidmatan secara maya akan berada pada tahap tertinggi pada 2021,” katanya.

Najib Ibrahim

Sementara itu, Pengarah Urusan Cyberview, Najib Ibrahim berkata, walaupun berdepan pelbagai cabaran tahun ini, pihaknya berbesar hati dapat meneruskan usaha meningkatkan ekosistem teknologi di Cyberjaya dan bekerjasama dengan banyak syarikat yang berinovatif.

“Kami mengharapkan lebih banyak kolaborasi menarik tahun depan,” katanya.

Syarikat pemula dan organisasi yang berminat menyertai ekosistem teknologi di Cyberjaya boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan & Pelaburan Cyberjaya di [email protected] atau talian 03-8750 5170.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI