fbpx

Nur Aimi masih belum sedarkan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kenangan Nur Aimi bersama arwah anak-anaknya.

MELAKA – Ibu kepada tiga kanak-kanak yang maut dalam di Kilometer 272.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara pada 16 Disember lalu, Nur Aimi Nadiah Abdul Rahim, 27, masih belum sedarkan diri dan terpaksa ‘ditidurkan’ oleh pihak hospital.

Suami mangsa, Muhammad Alhafiz Mohamad, 29, berkata, isterinya itu masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, Perak.

“Saya ke HRPB pada Ahad lalu untuk memantau keadaannya (Nur Aimi) dan doktor memaklumkan dia masih belum tunjuk sebarang perubahan positif yang ketara serta masih perlu ‘ditidurkan’ untuk memastikan rawatan lanjut boleh dilakukan.

“Semalam saya telah balik semula ke sini (Melaka) dan Aimi dijaga oleh abangnya,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Muhammad ALHAFIZ masih dalam proses menerima kenyataan kehilangan tiga anaknya dalam kemalangan 17 Disember lalu.

Mengulas lanjut, Muhammad Alhafiz membe­ritahu, dia juga belum memulakan kerjanya sebagai juruteknik kerana masih memerlukan sedikit masa untuk menerima ujian berat yang me­nimpanya.

“Semoga Allah terus memberikan kekuatan buat saya, isteri serta keluarga untuk meneruskan kehidupan yang tentunya tidak akan sama se­perti dahulu kerana anak-anak kami telah tiada,” katanya.

Pada 17 Disember lalu kemalangan yang berlaku di Kilometer 272.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara berhampiran Taman Rekreasi Gunung Lang telah ­me­ragut nyawa tiga anak lelaki

Muhammad Alhafiz dan Nur Aimi iaitu Muhammad Adam Hakimi, 7; Muhammad Lutfi Hakim, 3, dan Muhammad Affan Hafiy, 1.

Kenderaan yang dipandu Nur Aimi itu dikatakan hilang ­kawalan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Pulau Pinang selepas habis bercuti di kampung halaman di Melaka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI