fbpx

Monolit biskut halia muncul di California

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MONOLIT biskut halia ini ditemui oleh seorang penduduk tempatan di San Francisco, California, pada Jumaat lalu. – Twitter/Josh Ackerman

SAN FRANCISCO, California – Monolit misteri, kali ini diperbuat daripada biskut halia, ditemui di taman awam Corona Heights Park dekat bandar raya San Francisco, Cali­fornia pada Jumaat lalu.

Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan semalam bahawa monolit biskut halia itu menggabungkan dua bentuk rekaan iaitu rekaan rumah biskut halia dan struktur misteri seperti monolit logam sebelum ini.

Kemunculan monolit roti halia itu ternyata membawa kegembiraan kepada penduduk tempatan.

“Saya cukup terkejut semasa menemui monolit biskut halia ini,” kata penduduk tempatan, Josh Ackerman kepada BBC.

Ackerman yang memuat naik penemuannya di laman Twitter, memberitahu bahawa dia pernah melihat foto tular di media sosial mengenai struktur tersebut, namun tidak mempercayainya.

“Saya sedang berjoging di kawasan Corona Heights ketika terjumpa monolit itu terpacak di situ dan ia sangat mengejutkan,” ujarnya.

Tambah Ackerman, kemunculan monolit biskut halia itu memberi gambaran tepat tentang keunikan San Francisco yang memiliki banyak tarikan.

Pengurus Besar Jabatan Rek­reasi dan Taman, Phil Ginsburg memberitahu saluran be­rita tempatan, KQED bahawa mereka tidak akan merobohkan monolit tersebut.

“Kita akan biarkan sehingga biskutnya hancur sendiri,” kata Ginsburg.

Sejak November lalu, struktur tugu diperbuat daripada logam itu muncul di serata dunia dan menjadi berita sensasi di media sosial.

Sehingga kini, tiada sebarang pengesahan tentang asal usul monolit berkenaan yang pertama kali ditemui di sebuah gurun di negeri Utah, Amerika Syarikat, bulan lalu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI