SAINGAN Liga Perdana Inggeris (EPL) dijangka bertambah rancak selepas tamatnya pusingan boxing day yang sememangnya menjadi tradisi kancah bola sepak di England.
Aksi EPL minggu ini pasti menjanjikan kehangatan dengan perlawanan tumpuan utama melibatkan Everton menentang Manchester City dengan pengendali The Citizens, Pep Guardiola terdesak untuk mendaki carta liga.
Sementara itu, nasib malang Arsenal juga mungkin berubah selepas dijadualkan bertemu dengan kelab kurang ternama, Brighton dengan dua pemain The Gunners diletakkan dalam kesebelasan utama kali ini.
Buat minggu ketiga berturut-turut, lilitan kapten terus diberikan kepada pemain sensasi Liverpool, Mohamed Salah yang sememangnya menjadi lubuk mata buat pemain fantasi EPL.