KLUANG – Sekurang-kurangnya dua terbunuh dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan tujuh kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat berhampiran Plaza Tol Machap di sini petang hari ini.
Difahamkan kejadian berlaku pada pukul 4 petang itu berpunca daripada sistem brek lori tanpa muatan berkenaan yang gagal berfungsi sebelum merempuh kenderaan yang berhenti di hadapan.
Maklumat terperinci berhubung kejadian akan menyusul.-K! ONLINE