fbpx

Kapasiti katil di PKRC MAEPS ditambah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kapasiti katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah MAEPS (PKRC), Serdang kini ditambah daripada 3,032 buah kepada 6,132 buah.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Rohaizat Yon berkata, usaha itu sebagai salah satu langkah proaktif KKM bagi memastikan kesiapsiagaan hospital sentiasa berada di tahap optimum.

Beliau berkata, bilangan katil akan terus dipertingkatkan mungkin sehingga 10,000 katil mengikut keperluan semasa.

“Peningkatan kapasiti katil PKRC MAEPS 2.0 fasa ke dua melalui pembukaan dewan baru ini diperlukan kerana pertambahan kes positif Covid-19 yang berterusan.

“Pengoperasian PKRC MAEPS 2.0 diletakkan di bawah kawalan Ketua Komander Wilayah Tengah iaitu Pengarah Kesihatan Negeri Selangor,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebook, hari ini.

Katanya, pengwujudan PKRC MAEPS 2.0 itu adalah hasil persetujuan sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan satu kolaborasi yang dipengerusikan bersama oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Rohaizat berkata, agensi lain yang terbabit dalam usaha kolaborasi ini termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Agensi lain termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan MAEPS sendiri,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI