fbpx

Harapan berulang-alik jumpa keluarga kelam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan keadaan sebelum pandemik Covid-19 apabila rakyat Malaysia dan Singapura bebas melalui Tambak Johor di Johor Bahru untuk melakukan pelbagai aktiviti harian. – GAMBAR HIASAN

JOHOR BAHRU – Harapan le­bih 50,000 rakyat negara ini yang be­kerja di Singapura untuk kembali berulang-alik bagi mencari rezeki selain bertemu keluarga semakin kelam berikutan peningkatan kes Co­vid-19 di Malaysia sejak ke­be­lakangan ini.

Peningkatan kes positif itu me­­maksa Singapura kembali me­ngetatkan semula langkah rentas sempadan bermula pelawat dari Sabah pada Oktober lalu sebelum dari seluruh Malaysia sejak akhir November lalu.

Syarat ini juga melibatkan skim Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA), satu skim kemudahan bagi pekerja kedua-dua negara berulang-alik setiap tiga bulan.

Seorang pekerja syarikat mi­nu­man di Singapura, Shahruddin Helmy Mohd. Noh berkata, rakyat Malaysia yang terkandas di negara itu terkena tempias de­ngan peraturan yang semakin diperketatkan.

Jelasnya, peluang untuk mereka bertemu keluarga, anak isteri selepas hampir sembilan bulan terpisah semakin kelam.

“Kami turut kena tempias, peluang kami untuk pulang bertemu keluarga makin tipis jika kes positif Covid-19 di Malaysia tidak turun.

“Saya syukur baru-baru ini sudah pulang sekali jumpa keluarga, tapi bila kes meningkat, peluang kedua mungkin lambat lagi, bagi mereka yang tidak berkemam­puan, yang terpaksa hidup ‘bergelandangan’ lagi ter­kesan,” kata­nya ketika dihubungi di sini baru-baru ini.

Shahruddin sebelum ini dapat pulang pada Oktober lalu di bawah skim PCA dan peluang untuk bertemu semula dengan dua anak kembar serta keluarga semakin tipis.

Sementera itu, seorang peker­ja logistik, K. Pushparraj juga me­rayu agar semua rakan, keluarga dan rakyat Malaysia ­dapat memberi kerjasama de­ngan ­mematuhi prosedur operasi stan­dard (SOP) bagi mengurangkan kadar pe­ning­katan kes ­Covid-19.

“Saya berharap benda yang sama, bantulah kami, jaga SOP untuk kurangkan kes di Malaysia, dengan kes kurang, maka pintu sempadan mungkin dilonggarkan atau dapat dibuka balik se­perti sebelum ini,” katanya.

Data tepat berhubung bila­ngan rakyat Malaysia yang bekerja di republik itu ketika ini tidak diperolehi, namun mengikut da­ta Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura mendapati kira-kira 50,000 pasport diperbaharui ba­gi tempoh 10 bulan pertama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI