fbpx

Arab Saudi lanjut sekatan penerbangan komersial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG penumpang tiba di Terminal 5 Lapangaan Terbang Antarbangsa Raja Fahad di Riyadh pada 31 Mei lalu. - AFP

RIYADH – Arab Saudi melanjutkan penggantungan penerbangan penumpang komersial untuk tempoh sekurang-kurangnya seminggu dan mungkin dua minggu lagi ketika dunia bimbang penularan varian baharu koronavirus.

Arab Saudi bagaimanapun akan membenarkan penerbangan tersebut untuk ‘kes tertentu’, kata seorang pegawai kementerian dalam negeri seperti laporan agensi berita Saudi Press(SPA) semalam.

Warga asing akan diizinkan untuk meninggalkan negara itu manakala pergerakan kargo juga akan dibenarkan, tambahnya.

Arab Saudi, Kuwait dan Oman menggantung penerbangan penumpang serta melarang perjalanan keluar masuk melalui sempadan darat dan laut masing-masing pada minggu lalu selepas varian baharu koronavirus itu muncul di Britain.

Oman dan Kuwait merancang untuk menarik balik larangan itu masing-masing esok dan 1 Januari depan.

“Arab Saudi memutuskan untuk melanjutkan langkah-langkah tersebut selama seminggu lagi. Pihak berkuasa akan terus menilai situasi semasa bagi memastikan keselamatan warga tempatan dan ekspatriat,” kata laporan SPA.

Kerajaan Arab Saudi memulakan kempen pelalian Covid-19 dengan menggunakan suntikan vaksin Pfizer-BioNTech awal bulan ini.

Arab Saudi setakat ini mencatat lebih 362,000 kes koronavirus termasuk lebih 6,000 kematian sekali gus tertinggi dalam kalangan negara Arab Teluk. Bagaimanapun, negara itu juga melaporkan kadar sembuh yang tinggi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI