fbpx

1,594 kes baharu, tiga lagi kematian direkod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,594 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia kini mencecah 106,690 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes hari ini, sebanyak tiga kes adalah kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala, sebanyak 1,591 kes melibatkan penularan tempatan.

“Selain itu, sebanyak 1,181 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 85,592 kes.

“Terdapat tiga lagi kematian baharu di Selangor dan Sabah membabitkan seorang wanita berusia 62 tahun dan dua lelaki berusia 90 dan 62 tahun menjadikan sebanyak 455 kes kematian Covid-19 di Malaysia,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ujarnya lagi, sebanyak 116 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 53 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI