fbpx

UMNO bukan lagi obor penyatuan Melayu?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar.

PETALING JAYA – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa membayangkan peranan menyatupadukan Melayu bakal didokong oleh parti lain, bukan lagi UMNO.

Kata beliau, terdapat pemimpin tertinggi UMNO kini menjadi jurucakap DAP dan cuba membawa neratif mengapa UMNO harus menerima DAP serta Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sedikit sebanyak DAP sudah boleh berbangga. Kini sudah terdapat pemimpin tinggi UMNO menjadi jurubicara mereka.

“Mereka mendapat platform rasmi dan yang dilantik rasmi. Justeru ada yang menganggap mesej mereka adalah mesej pucuk pimpinan walau jelas bertentangan dengan dasar parti.

“Peranan menyatupadukan Melayu bakal didokong obornya oleh parti lain, bukan lagi UMNO nampaknya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Annuar berkata, antara istilah baharu digunakan oleh jurucakap DAP dalam UMNO adalah membina `jajaran baru’.

Kata beliau, rata-rata akar umbi UMNO mengadu dan resah dengan gerakan tersebut kerana menyebabkan UMNO bergerak ke arah perpecahan.

“Semoga UMNO tidak terjatuh kali kedua kerana kesilapan mereka yang berada di atas. Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula jatuh berciciran,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI