fbpx

Terbunuh kereta langgar pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Proton Wira yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer Jalan Kluang-Air Hitam, Batu Pahat hari ini.

BATU PAHAT – Seorang pekerja kedai pendingin hawa terbunuh selepas Proton Wira dipandu hilang kawalan dan merempuh pokok di Kilometer 26 Jalan Kluang-Ayer Hitam, Batu Pahat awal pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, mangsa seorang lelaki berusia 22 tahun disahkan meninggal dunia selepas dikejarkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) akibat parah pada kepala.

“Hasil siasatan awal di tempat kejadian, mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu Proton Wira seorang diri datang dari arah Parit Raja menghala ke Ayer Hitam.

“Apabila sampai di tempat kejadian kereta dipandu melanggar pokok yang berada di bahu kanan jalan. Akibat pelanggaran tersebut, mangsa telah mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Batu Pahat oleh pihak ambulans.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di bilik kecemasan Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat pada 7 pagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kemalangan berlaku di jalan lurus dengan permukaan jalan sedikit basah.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Siasatan lanjut masih diteruskan.

“Polis menasihat semua penguna jalanraya supaya lebih berhati-hati tetutama waktu malam hari dan dalam keadaan hujan utamakan keselamatan,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI