fbpx

Segera wujud pasukan khas kartel daging haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyraf Wajdi

PETALING JAYA – Pihak kerajaan perlu segera menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat dan mendedahkan segera dalang sindiket kartel daging haram termasuk kemungkinan pembabitan individu berprofil tinggi dan orang kenamaan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya juga sudah membuat saranan awal kepada kerajaan supaya mendedahkan segera nama-nama syarikat yang terbabit dalam kartel penyeludupan dan pengedaran daging import haram.

“Pendedahan ini penting bagi mengembalikan kepercayaan dan keyakinan umat Islam terhadap keabsahan status halal daging import yang berada dalam pasaran.

“Pemuda UMNO juga mendesak agar ditubuhkan segera pasukan khas yang melibatkan pelbagai agensi kawal selia dan penguatkuasaan industri halal termasuk pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menjalankan penyiasatan dan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak terbabit dengan penyelewengan termasuk rasuah dalam isu kartel daging haram ini,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, jangan ada sebarang usaha menutup atau pun melindungi mana-mana pihak termasuk jika ada individu berprofil tinggi mahu pun orang kenamaan (VVIP) yang terbabit dengan penyelewengan amanah umat Islam ini. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI