fbpx

Residensi Bukit Gelugor dibangunkan dengan model perniagaan baharu PR1MA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuraida (tiga dari kiri) ketika merasmikan majlis pecah tanah Residensi Bukit Gelugor yang merupakan projek pertama PR1MA di kawasan pulau, Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Residensi Bukit Gelugor di sini menjadi projek Perumahan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) yang pertama di negeri ini dibangunkan dengan menggunakan model perniagaan terbaharu agensi berkenaan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, model perniagaan PR1MA bagi projek berkenaan menyaksikan usaha sama Kerajaan Persekututuan melalui PR1MA, pemaju iaitu Ideal Property Group dan juga kerajaan negeri Pulau Pinang.

“Projek ini juga merupakan projek pertama PR1MA di kawasan pulau, dan dibangunkan mengunakan model perniagaan terbaharu PR1MA.

“Menerusi model perniagaan terbaharu ini bisnes modelnya tidak perlukan perlaburan tinggi oleh kerajaan, PR1MA memberi tanah kepada pemaju untuk bangunkan kediaman yang mampu dimiliki oleh rakyat termasuk golongan B40,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis pecah tanah Residensi Bukit Gelugor di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Menteri Chow Kon Yeow, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan Dan Perancangan Bandar dan Desa, Jagdeep Singh Deo.

Projek Residensi Bukit Gelugor akan mula dibina pada awal tahun depan dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun lagi.

Sebelum ini, lebih 50 unit kuarters Kastam Diraja Malaysia (KDRM) di kawasan Kampung Kastam di Bukit Gelugor di sini dirobohkan pada 2017 bagi memberi laluan kepada projek PR1MA di kawasan berkenaan.

Menurut Zuraida projek Residensi Bukit Gelugor itu bakal menyediakan 2,850 unit rumah mampu milik bermula dengan harga dibawah RM300,000 dengan kelengkapan bertaraf kondominium. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI