fbpx

PKPD di kawasan Kluster Halban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan serta-merta bermula hari ini melibatkan penduduk di dalam Kluster Halban di daerah ini.

Perkara itu diputuskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Kelantan yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan , Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr. Izani Husin berkata, keputusan tersebut diambil bagi memastikan penularan wabak melalui kluster itu dapat dikawal sebaik mungkin.

Katanya, kluster tersebut melibatkan mereka yang berada di kelompok madrasah dan mereka akan dikuarantin di kawasan itu sepanjang tempoh PKPD dilaksanakan.

“Bagi kluster Seragam Chepa, syarikat telah bersetuju untuk menutup operasi kilang sementara. Mereka telah melakukan ujian swab bagi memastikan penularan wabak dapat dikawal.

“Buat masa ini, kita cuba kawal keadaan, namun sekiranya kawalan ini tidak berjaya, kerajaan negeri tidak teragak-agak untuk laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat JKKN di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Berdasarkan rekod, Kluster Halban dikesan melibatkan seramai 99 individu yang telah disaring dengan 29 daripadanya telah dikesan positif Covid-19 sehingga semalam.

Mengulas lanjut, menurut Izani, kerajaan negeri juga bersetuju penguatkuasaan diperketatkan dari semasa ke semasa meskipun tiada sebarang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini.

Ujarnya, menerusi kajian Jabatan Kesihatan Negeri, pihaknya telah mengenal pasti program-program yang melibatkan orang ramai merupakan antara punca penyebaran wabak di negeri ini:

“Oleh itu, hanya 50 orang sahaja dibenarkan hadir ke majlis kenduri untuk satu-satu masa berbanding lebih 100 orang dibenarkan sebelum ini.

“Permohonan untuk mengadakan majlis juga perlu dibuat melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM). Penganjuran majlis juga bermula dari pukul 12 tengah hari sehingga 4 petang sahaja dan hanya boleh dihadiri orang dewasa,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI