fbpx

Penginapan hotel dijangka meningkat 20 peratus tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ammar (kanan) membunyikan hon sebagai tanda pertandingan memancing Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2020 Siri 3 bermula di Lumut hari ini. - Foto oleh SHAMSUL KAMAL AMARUDIN

LUMUT – Kadar penginapan di hotel seluruh negara diunjur mencatat kadar pertumbuhan sekurang-kurangnya 20 peratus tahun depan apabila Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berakhir hujung tahun ini.

Malah, ketika ini difahamkan kadar pertumbuhan itu sudah dicapai di beberapa lokasi tumpuan pelancong seperti di daerah Manjung yang memiliki tarikan seperti Pulau Pangkor, selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditamatkan awal bulan ini.

Pengarah Kanan Domestik dan Acara, Tourism Malaysia, Datuk Dr. Ammar Abd. Ghapar, berkata kajian pihaknya di 10 hotel di daerah Manjung semalam mendapati hampir 100 peratus penuh.

Katanya, peningkatan itu antara lain disumbangkan menerusi pertandingan memancing ‘Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2020 Siri 3 yang diadakan di kawasan laut berhadapan Lumut Waterfront dan Hotel Orient Star di sini hari ini.

“Seramai 965 peserta dari seluruh negara menyertai acara ini sekali gus menggalakkan pelancongan domestik.

“Ini kerana kehadiran mereka melibatkan penginapan, bilangan pengunjung ke kedai makan bertambah manakala pembelian umpan dan barangan lain juga meningkatkan ekonomi penduduk tempatan,” katanya pada sidang akhbar pada Majlis Penyampaian Hadiah Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2020 – Siri 3 di Lumut Waterfront hari ini.

Menurut Ammar, antara usaha bagi meningkatkan semula industri pelancongan domestik yang terjejas akibat Covid-19 ialah menggalakkan lebih banyak pakej menarik termasuk untuk kakitangan perkhidmatan awam.

Katanya, ia bagi membolehkan lebih ramai kakitangan awam yang mungkin kurang terjejas dengan pandemik itu untuk keluar melancong seterusnya membantu pertumbuhan semula industri pelancongan tempatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI