BAGAN SERAI – Kira-kira 600 penunggang motosikal di tiga lokasi di sini gembira selepas diberikan isian minyak petrol percuma dalam program anjuran Pemuda UMNO Bagan Serai di sini hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri Selinsing, Mohamad Noor Dawoo berkata, program tersebut bertujuan melatih para pemuda dalam menguruskan program dan organisasi selain memastikan mereka mendekati golongan yang lebih senior.
“Selain di Batu 10, dua lagi lokasi program adalah di stesen minyak BHP Simpang Empat Semanggol dan Caltex Alor Pongsu.
“Setiap stesen diperuntuk isian minyak petrol penuh tangki kepada 200 buah motosikal,” katanya yang juga Timbalan Ketua Bahagian UMNO Bagan Serai ketika ditemui di stesen minyak Petronas Batu 10 di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Bahagian UMNO Bagan Serai, Datuk Sham Mat Sahat.- K! ONLINE