fbpx

Noraniza Idris reda pemergian Naim Hariri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraniza Idris

PETALING JAYA – Penyanyi Noraniza Idris reda selepas dimaklumkan berita duka mayat anak saudaranya, Allahyarham Naim Hariri Kamaruddin, 31, ditemui terdampar di kawasan pantai berhampiran Kampung Pulau Kerengga, Marang, Terengganu pada pukul 9 pagi tadi.

Pemilik nama sebenar Nor Aniza Idris, 52, berkongsi berita sedih tersebut menerusi satu hantaran dalam Faceboknya, Akar Zapin Kita sebentar tadi.

Berita duka itu dikongsi Noraniza dalam satu hantaran Facebooknya hari ini.

Berita berkaitan https://www.kosmo.com.my/2020/12/27/pelamin-dihias-indah-majlis-jadi-kenduri-keluarga/

“Rehatlah Naim, anak syurga Mak Long. Lepaskan lelah dunia, kami reda dengan pemergianmu.

“Terima kasih atas segala keringat, ilmu dan nasihat Naim pada setiap pelanggan yang memerlukan khidmat terapimu sepanjang bersama,” tulis penyanyi lagu Dikir Puteri itu dalam entri berkenaan.

Berita berkaitan https://www.kosmo.com.my/2020/12/27/mayat-naim-hariri-ditemui/

Bekas peserta Gegar Vaganza musim ketujuh itu juga memberitahu anak saudaranya itu merupakan seorang individu yang baik dan disenangi ramai.

“Sesungguhnya ramai saksi dunia ini melihat kebaikan, kesantunan dan budi pekertimu anak. Semoga syurga tempat mu, Naim.

“Hari ni walau berat, kami terima hanya jasad kau yang tak bernyawa laut pulangkan. Rehatlah wahai anak syurga Mak Long , semoga kita bertemu disyurga Allah SWT kelak,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! semalam melaporkan Naim dilaporkan hilang dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai pada pukul 6.40 petang Jumaat lalu.

Dia sepatutnya melangsungkan pernikahan dengan tunangnya, Farah Nabilah Huda Ismail, 27, di Kampung Surau Haji Mat Zin, Batu Payong di sini pada pukul 10 pagi semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI