fbpx

[VIDEO] Neelofa nafi kahwin senyap-senyap di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Neelofa dan PU Riz.

PETALING JAYA – Pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa menafikan spekulasi netizen yang mendakwa dia dan Haris Ismail sudah bernikah di Kelantan seperti yang tular dalam media sosial sejak semalam.

Pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd. Noor, 31, menerusi satu kenyataan memberitahu tiga andaian yang tersebar luas dalam media sosial sejak semalam adalah tidak benar sama sekali.

“Alhamdulillah, seperti yang anda lihat sekarang saya berada dalam keadaan baik, dan kesihatan yang terbaik. Saya berharap agar semua pihak dapat mendoakan kesihatan saya.

“Manakala, dakwaan saya memindahkan sejumlah wang yang agak banyak kepada Haris adalah tidak benar sama sekali.

“Ketiga, kononnya saya telah pun melangsungkan perkahwinan dan telah dinikahkan oleh bapa saya sendiri di Kelantan juga tidak benar,” katanya.

Gambar adik-beradik Neelofa bersama PU Riz dikatakan ketika bertunang atau dirisik baru-baru ini.

Dalam pada itu, pelakon filem Pilot Cafe itu juga berharap agar semua pihak tidak mempercayai segala tuduhan yamg dilemparkan terhadapnya secara melulu.

Sementara itu, berkaitan isu hubungannya bersama Haris yang dikatakan berantakan, bekas Dewi Remaja 2009/2010 itu memaklumkan dia menyerahkan segala urusan kepada kedua belah keluarga.

Berita berkaitan https://www.kosmo.com.my/2020/12/27/netizen-pula-dedah-neelofa-pu-riz-nikah-senyap-senyap-di-kelantan/

“Apa yang mampu saya katakan, keluarga saya, dan keluarga Haris, kini dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian. Bagi saya, adalah lebih baik jika perkara ini diuruskan oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

Saya juga ingin mengambil kesempatan yang ada, ingin memohon maaf kepada pihak keluarga saya, keluarga Haris untuk segala perkara yang berlaku. Saya pasti, tiada siapa yang mahu berada dalam keadaan sebegini, lebih-lebih lagi kami masih belum pun ada apa sebarang ikatan,” katanya lagi.

Neelofa menafikan sekeras-kerasnya tiga dakwaan orang ramai sebelum ini.

Dalam pada itu, Neelofa juga berterima kasih terhadap keluarganya atas semua sokongan yang diberikan.

“Kepada keluarga saya, terima kasih yang tidak terhingga ingin saya ucapkan. Sokongan, kasih sayang yang ditunjukkan, teguran yang diberikan, saya hargai dengan setulus hati, ” katanya lagi.

Sehingga kini, Haris atau nama sebenarnya Haris Ismail, 25, masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan hubungannya dengan Neelofa yang dikatakan retak menanti belah.

Berita berkaitan https://www.kosmo.com.my/2020/12/26/hubungan-neelofa-haris-berantakan/

Terdahulu, hubungan Neelofa dan Haris didakwa sedang retak menanti belah apabila adik-beradik selebriti popular itu asyik berkongsi status berbaur sindiran dipercayai ditujukan kepada Haris.

Bukan sahaja dikatakan sudah putus tunang, penggunaan minyak pengasih dan sudah bernikah antara topik hangat yang menjadi perbualan netizen dalam media sosial berhubung isu hubungan Neelofa dan Haris yang dikatakan berantakan sejak semalam.

Neelofa juga didakwa netizen telah bernikah di Kelantan berwalikan bapa kandungnya sendiri iaitu Mohd. Noor.

Lebih menguatkan spekulasi, ibu Neelofa, Datin Noor Kartini dan adik-beradiknya yang lain bertindak memadam gambar-gambar sekitar majlis merisik duta Lancome Asia Tenggara itu.

Bahkan, mereka juga bertindak untuk tidak lagi mengikuti PU Riz dalam laman Instagram.

Spekulasi tentang keretakan hubungan mereka juga tercetus selepas beberapa ahli keluarga Neelofa memuat naik kenyataan yang berbaur sindiran yang didakwa ditujukan kepada pendakwah bebas itu.

Kosmo! pada 1 November lalu melaporkan Neelofa dirisik oleh keluarga PU Riz di kediaman keluarga pelakon filem Pilot Cafe itu dan dijangka bakal mendirikan rumah tangga pada bulan Mac 2021. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI