fbpx

Lebih sembilan jam padam kebakaran pasar raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadam kebakaran yang memusnahkan sebahagian pasar raya di Kampung Talang di Kuala Kangsar, semalam. - Foto ihsan JBPM

KUALA KANGSAR – Kebakaran yang memusnahkan sebahagian pasar raya di Kampung Talang, Jalan Taiping di sini semalam, berjaya dipadamkan bomba selepas hampir sembilan jam operasi dijalankan.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohamad Yunus Abu berkata, kebakaran itu memusnahkan kira-kira 60 peratus bahagian di tingkat dua pasar raya berkenaan.

Katanya, kejadian itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kecederaan mahupun kemalangan jiwa membabitkan pekerja dan pelanggan.

“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada pukul 4.49 petang dengan operasi memadam kebakaran segera dijalankan.

“Operasi berdepan kesukaran kerana terdapat bahan mudah terbakar seperti tisu, lampin pakai buang dan plastik selain struktur bangunan itu yang tertutup dan tiada bukaan dinding seperti cermin,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, operasi yang mengambil masa kira-kira sembilan jam itu tamat pada pukul 2.15 pagi tadi.

Katanya, selain BBP Kuala Kangsar, operasi turut dibantu anggota bomba dari BBP Sungai Siput dan Taiping serta jentera Aerial Ladder Platform (ALP) dari Ipoh.

“Operasi tersebut tamat pada pukul 2.15 pagi dan tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian itu,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI