fbpx

Klopp percaya Salah gembira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH sebelum ini mencetuskan keresahan penyokong Liverpool selepas didakwa tidak gembira berada di Anfield. – AFP

LIVERPOOL – Khabar gembira buat penyokong Liverpool menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang West Bromwich Albion di Anfield awal pagi esok selepas Mohamed Salah dikatakan gembira untuk terus berada di situ.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp tampil menepis beberapa laporan yang mendakwa bintang antarabangsa Mesir itu mahu meninggalkan juara Eropah enam kali tersebut.

Sebelum ini, Salah ada menyatakan dia amat menyanjung dua pasukan gergasi La Liga, Real Madrid dan Barcelona, sekali gus menyebabkan spekulasi bertiup kencang.

“Kami tidak pernah bercakap mengenai kontrak. Saya tidak lihat apa-apa masalah pada Mo (Salah) kerana dia sangat gembira berada di sini. Bagi saya, itu perkara paling penting.

“Dia banyak bergelak ketawa dengan rakan sepasukan pada sesi latihan menjelang perlawanan dengan West Brom. Bagi saya, laporan sebelum ini sekadar khabar angin,” kata Klopp.

Tambah bekas jurulatih Borussia Dortmund itu, beliau gembira untuk melayan kunju­ngan West Brom selepas membelasah Crystal Palace 7-0 pada aksi terdahulu.

“Saya gembira dengan kedudukan sebagai pendahulu liga tetapi kami tidak boleh terlampau selesa kerana saingan liga masih panjang, jadi kami perlu fokus hingga ke penghujung musim untuk memastikan pasukan ini terus berjaya,” ujar beliau. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI