PETALING JAYA – Pelakon Nur Fazura berkongsi satu hantaran status secara rawak tentang amal soleh yang disangka banyak namun dibutakan dengan sifat riak.
“Allahuakbar. Bimbang sangat amal soleh dilakukan disangkakan banyak. Rupanya bocor dengan riak, ujub, sum’ah dan takabbur.
“Jauhilah kami dan terimalah amal kami ya Allah,” kongsi Nur Fazura Sharifuddin, 27.
Netizen mula membuat spekulasi hantaran status berkenaan dimuat naik pelakon filem Gol & Gincu itu ditujukan kepada seseorang dalam industri.
“Tiba-tiba ada baldi bocor segala jenis shade (sindiran) keluar masa ini. Pening kita nak decode (nyahkod),” tulis seorang netizen di Twitter.
Tidak kurang, ada yang mempertahankan tindakan isteri kepada pelakon Fattah Amin itu dengan menciap: “Fazura hanya berkongsi hantaran Ustazah Asma’ Harun. Kau orang dah kenapa? Dosa kering je.” — K! ONLINE