fbpx

Dua pos kawalan PGA kembali beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA PGA bergotong-royong menbersihkan pos kawalan Sharifah, Rantau Panjang yang tenggelam akibat banjir pada minggu lalu.

RANTAU PANJANG – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 hari ini bergotong-royong membersihkan dua daripada enam pos kawalan yang tenggelam dalam kejadian banjir pada minggu lalu.

Gotong-royong itu melibatkan seramai 30 orang pegawai dan anggota di Pos Ibrahim Pencen dan Sharifah selepas air Sungai Golok yang melimpah di kawasan itu surut sepenuhnya hari ini.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Suprintendan Azhari Nusi berkata, bagaimanapun, pos kawalan di Jeram Perdah di sini dan Pengkalan Kubor, Tumpat masih belum dapat digunakan berikutan banjir di kawasan itu masih belum surut sepenuhnya.

“Saya telah mengarahkan semua pegawai dan anggota yang terlibat dengan Ops Benteng Covid agar membantu kerja-kerja membersih di semua pos yang terjejas dengan banjir.

“Bagi pos yang sudah pulih daripada banjir, ia akan beroperasi semula demi menjaga keselamatan sempadan negara,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Azhari, anggota yang dipindahkan ketika banjir baru-baru ini akan kembali bertugas semula di pos kawalan masing-masing.

Beliau berkata, gotong royong akan dilakukan di pos kawalan lain dalam masa terdekat selepas air surut sepenuhnya.

Katanya, PGA juga akan terus memantau keadaan air Sungai Golok dari masa ke semasa jika berlaku gelombang ketiga banjir selepas ini.. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI