fbpx

Dakwaan rompakan kedai perabot disah palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mesej yang tular di aplikasi WhatsApp yang disahkan palsu oleh polis.

KUALA TERENGGANU – Polis menafikan dakwaan kononnya berlaku tiga kes rompakan melibatkan kedai perabot di daerah ini baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman mengesahkan dakwaan yang tular menerusi aplikasi WhatsApp berkenaan adalah palsu.

“Setakat ini, tiada laporan (berhubung kes rompakan kedai perabot) diterima,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Suffian mengulas penyebaran dakwaan kononnya tiga kedai perabot di sekitar Kampung Gong Pauh dan Wakaf Mempelam di sini telah dirompak baru-baru ini.

Berdasarkan mesej yang tular menerusi aplikasi WhatsApp tersebut, geng perompak tersebut dikatakan bersenjatakan pisau atau golok.

Dakwanya, modus operandi yang kononnya kumpulan penjenayah berkenaan ialah menyamar sebagai peminta sedekah atau wakil pertubuhan anak yatim untuk meminta sumbangan.

Mesej itu kemudiannya meminta penduduk di Kampung Gong Pauh dan Wakaf Mempelam agar berhati-hati. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI