fbpx

Bekerja ditemani kucing lebih bahagia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kajian mengatakan kerja dari rumah bersama haiwan peliharaan lebih membahagiakan. - Shuttershock

LONDON – Pakar psikologi mendedahkan bekerja dari rumah bersama haiwan kesayangan boleh membantu meningkatkan tahap kesihatan seseorang menjadi lebih baik.

Pakar psikologi tingkah laku, Jo Hemmings telah bekerjasama dengan pakar pemakanan haiwan kesayangan, Purina, dalam menentukan faedah dan kelemahan bekerja bersama haiwan kesayangan di rumah.

“Ia mewujudkan rasa normal dan suasana terasa lebih ‘hidup’. Salah satu perkara unik mengenai haiwan peliharaan adalah bahawa bagi mereka setiap hari adalah hari yang lain.

“Ada satu aura misteri tentang haiwan yang membantu menghilangkan perkara-perkara yang mungkin memberi tekanan kepada kita semua,” katanya.

Menurut laporan DailyStar baru-baru ini, Hemmings turut mendakwa haiwan peliharaan lebih bahagia apabila tuannya bekerja lebih banyak dari rumah.

Beliau sendiri memiliki kucing yang suka duduk berdekatan ketika dia bekerja termasuk bersantai di sofa pelanggan yang digunakan untuk sesi kaunseling.

Dia percaya ada sesuatu hubungan yang sangat istimewa antara individu dan haiwan kesayangan mereka.

“Haiwan peliharaan mengurangkan kadar kortisol dan adrenalin dalam aliran darah anda, membantu mengawal kegelisahan dan menjadikan keadaan lebih tenang,” ujarnya,

Bagi sesiapa yang mempunyai anjing atau kucing yang sering mengganggu panggilan menerusi aplikasi penstriman langsung seperti Zoom, perlu diketahui bahawa haiwan peliharaan adalah permulaan perbualan yang hebat dan sering menjadi pencetus perbualan ketika berjumpa dengan orang yang tidak dikenali. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI