fbpx

Aliran trafik menuju ibu negara dijangka sesak petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Beberapa laluan utama menuju ibu negara dijangka mengalami peningkatan aliran trafik bermula petang ini berikutan warga kota mula kembali selepas bercuti di kampung masing-masing.

Peningkatan itu dijangka berlaku bermula pukul 6 petang ini sehingga malam selepas warga kota mula tiba dari lokasi masing-masing termasuklah utara, selatan dan pantai timur.

Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), peningkatan aliran trafik dijangka berlaku di beberapa kawasan utama seperti laluan di Bentong menuju Karak.

“Aliran trafik juga dijangka meningkat di kawasan Sungai Buaya sebelum Plaza Tol Rawang serta di Putera Mahkota hingga Southville,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini tadi.

Sementara itu, aliran trafik di Lebuh Raya Utara Selatan E1 mula perlahan dan berlaku kesesakan di beberapa kawasan khususnya di Pulau Pinang dan Perak.

“Laluan itu antaranya dari Permatang Pauh menuju Juru, Bukit Tambun ke Jawi, Hentian Rehat dan Rawat (RNR) Sungai Perak ke Terowong Menora dan Ipoh ke Gopeng.

“Di E2 pula, kesesakan berlaku di Simpang Empat ke Hentian Sebelah Pedas Linggi selain laluan menuju ke Pedas Linggi,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI