fbpx

[VIDEO] Aksi rempit tular, 3 lelaki ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketiga-tiga suspek yang berusia lingkungan 19 hingga 20 tahun ditahan di sekitar Puchong, Selangor.

PETALING JAYA – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menahan tiga lelaki selepas video merempit dan menunggang motosikal secara berbahaya di Lebuh Raya Kuala Lumpur – Seremban tular di aplikasi WhatsApp semalam.

Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) JSPT Bukit Aman, Datuk Mohd. Nadzri Hussain berkata, tangkapan dibuat selepas satu rakaman video berdurasi 38 saat tular menerusi aplikasi WhatsApp menunjukkan lagak mat rempit berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati mereka melakukan aksi tersebut kira-kira pukul 12.50 tengah malam ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas singgah makan di Seremban, Negeri Sembilan.

“Berdasarkan video tersebut, ketiga-tiga suspek itu didapati berlumba sesama sendiri selain melakukan aksi zig-zag,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurutnya lagi, bertindak atas maklumat pihak polis menahan ketiga-tiga suspek yang berusia lingkungan 19 hingga 20 tahun itu di sekitar Puchong, Selangor.

“Tangkapan dibuat bermula pukul 10 pagi hingga 11 malam sebelum kesemua mereka dibawa ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk tindakan lanjut

“Selain itu, kita turut menyita tiga buah motosikal yang digunakan suspek iaitu jenis Yamaha Y15ZR dan Yamaha 135LC,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI