fbpx

Tiada pesakit Covid-19 ditempatkan di stadium tertutup Shah Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Polis Selangor menafikan stadium tertutup Shah Alam dijadikan lokasi menempatkan pesakit Covid-19.

Ini susulan penularan video berdurasi 32 saat memaparkan sekumpulan individu ditempatkan di stadium berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, berita palsu itu disebarkan berikutan dikatakan berpunca kesesakan Hospital Sungai Buloh yang tidak dapat menampung jumlah pesakit Covid-19.

“Berita itu palsu dan tidak benar sama sekali.

“Masyarakat diminta bertenang dan diingatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan sebarang bentuk berita palsu yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menegaskan perbuatan sebegini boleh mencetuskan suasana panik, tidak harmoni serta boleh mengugat ketenteraman awam.

Justeru, orang awam boleh mendapatkan
pengesahan daripada pihak berkuasa terlebih dahulu tentang sesuatu isu atau berita. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI