fbpx

Satu lagi laporan polis dibuat terhadap Ustaz Budak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syamsul Zaman atau Ustaz Budak (kiri) didakwa di Mahkamah Majistret, Kota Bharu 21 Disember lalu atas pertuduhan mencabul seorang lelaki baru-baru ini.-Gambar hiasan

KOTA BHARU – Polis menerima satu lagi laporan berkaitan perbuatan cabul melibatkan seorang pengetua sebuah madrasah di Machang yang lebih dikenali sebagai Ustaz Budak.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, laporan itu dibuat oleh bekas pelajarnya yang berusia 18 tahun di Balai Polis Penarik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu, Terengganu kira-kira pukul 4.38 petang semalam.

Menurutnya, mangsa yang berasal dari Kampung Bandar Permaisuri dekat Setiu mendakwa dia dicabul oleh Ustaz Budak ketika berada di dalam bilik tidur di sebuah rumah di Kampung Awah, Machang dekat sini dua tahun lalu.

“Berdasarkan laporan, kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam ketika mangsa berada di rumah ustaz terbabit yang terletak berhampiran madrasah berkenaan.

“Ketika mangsa sedang tidur, ustaz itu telah masuk ke bilik dan mencabul pelajarnya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Shafien berkata, selepas kejadian, mangsa yang tidak tahan dengan kelakuan ustaz terbabit telah meminta untuk berhenti belajar dari madrasah itu.

Katanya, sebelum ini, mangsa tidak pernah memaklumkan perbuatan keji ustaz berkenaan kepada ibu bapanya kerana takut dan mahu menjaga nama baik keluarga.

Menurutnya, sehingga hari ini, polis sudah menerima empat laporan oleh mangsa yang melibatkan perbuatan cabul yang dilakukan Ustaz Budak.

Tambah Shafien, kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melakukan kelucahan yang melampau.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI