fbpx

Sasha Saidin dah suntik vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SASHA bersama suaminya, Sirhan.

PETALING JAYA – Penyanyi dan juga pelakon, Sasha Saidin menjadi antara rakyat Malaysia pertama yang mendapat suntikan vaksin Covid-19.

Menurut Sasha dia dan suaminya, Sirhan Wahab mendapat suntikan tersebut di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Khamis lalu.

Dalam perkongsian yang dimuat naik penyanyi itu dalam Instagramnya, Sasha memberitahu bahawa dia dan suaminya mendapatkan suntikan vaksin jenis sinopharm.

PERKONGSIAN Sasha tentang suntikan vaksin Covid-19 yang diambilnya di UAE, Khamis lalu.

“Kami mengambil keputusan untuk menyuntik vaksin jenis sinopharm yang mempunyai keberkesanan sebanyak 86 peratus selepas mendengar khabar tentang mutasi terbaharu Covid-19.

“Tetapi sebelum mengambilnya, kami telah diberitahu pihak kesihatan di pusat vaksinasi bahawa vaksin tersebut telah selesai pada peringkat percubaan di UAE pada Ogos lalu dan mendapat keputusan memuaskan,” kata anggota kumpulan Elite itu.

Ujar kakak kepada pelakon Zain Saidin itu lagi, dia membuat keputusan untuk mendapatkan suntikan vaksin tersebut selepas melakukan perbandingan dengan sejenis lagi vaksin iaitu pfizer.

Bagaimanapun, sebelum disuntik, Sasha dan suaminya telah ditanya beberapa soalan mengenai alahan dan kesihatan mereka sebelum mengambil suntikan vaksin tersebut.

“Saya nasihatkan kepada semua supaya buat kajian terlebih dahulu sebelum mengambil sesuatu vaksin. Masyarakat perlu mengikuti perkembangan terkini tentang apa sahaja berita berkaitan Covid-19 termasuk vaksin setiap hari,” jelasnya yang kini menetap di UAE selepas menikahi Sirhan pada Januari 2020.

Dalam pada itu, Sasha juga turut mengucapkan penghargaan kepada kerajaan UAE kerana memberikan vaksin tersebut secara percuma tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama.

Tambahnya lagi, dia dan juga suami kini perlu menunggu selama 21 hari lagi sebelum diberi suntikan dos kedua.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI