fbpx

Pekerja kilang mati dibunuh adik ipar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak polis sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

SUBANG JAYA – Cubaan seorang wanita meleraikan pergaduhan sepasang suami isteri berakhir dengan tragedi selepas dia mati dibunuh adik iparnya dalam kejadian di Pangsapuri Court 4, USJ 7di sini hari ini.

Seorang jiran yang enggan dikenali berkata, dia terdengar bunyi pergaduhan dari kediaman di tingkat empat itu pada pukul 7 malam sebelum melihat kehadiran pihak polis pada pukul 8 malam.

“Saya tak pernah dengar apa-apa pergaduhan antara mereka sebelum ini dan memang terkejut bila diberitahu seorang wanita mati dibunuh,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Subang Jaya, Superintendan Amihizam Abdul Shukor berkata, hasil siasatan mendapati lelaki warga Myanmar berusia 42 tahun itu tidak berpuas hati dengan tindakan isterinya yang tidak menyediakan makanan mencukupi.

Katanya, berang dengan tindakan tersebut suspek yang berada dalam keadaan mabuk terus mengamuk, menarik rambut dan menumbuk kepala isterinya.

“Susulan itu, mangsa yang juga kakak kepada isteri suspek cuba meleraikan pergaduhan tersebut, namun suspek bertindak menikam bahagian belakang badan mangsa.

“Panik dengan kejadian itu, suspek cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan di tingkat bawah pangsapuri berkenaan,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Menurutnya lagi, suspek akan direman untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Dalam kejadian itu, pihak polis turut merampas pisau digunakan suspek,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI