fbpx

Orang Asli Bateq bimbang ancaman gajah liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK Orang Asli suku kaum Bateq menunjukkan tanaman mereka rosak akibat dimusnahkan oleh sekumpulan gajah liar.

GUA MUSANG – Kira-kira 300 penduduk Orang Asli suku kaum Bateq di Kampung Aring 5 di sini hidup dalam kebimbangan apabila kawasan kebun mereka sering diganggu sekumpulan gajah liar.

Gajah itu bukan sahaja memusnahkan tanaman, tetapi sering dilihat berkeliaran di kawasan penempatan mereka sejak sebulan lalu.

Seorang penduduk, Faizal Anjang, 41, berkata, sejak kebelakangan ini, gajah liar itu kerap keluar dari kawasan hutan berhampiran sehingga penduduk kampung terpaksa berjaga malam untuk mengawal keselamatan.

Katanya, kawasan perkampungan itu juga sudah tiga kali dimasuki haiwan berkenaan dalam bulan ini.

“Kami sudah tidak tahan apabila gajah liar sering memasuki kawasan perkampungan.

“Bagaimanapun, kami bersyukur apabila sekumpulan gajah berkenaan tidak bertindak ganas terhadap penduduk kampung dan hanya merosakkan tanaman,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk, Zul Hek, 43, pula berkata, penduduk Orang Asli yang hanya bergantung kepada hasil tanaman getah dan pisang terpaksa menanggung kerugian kerana ancaman gajah.

Katanya, kumpulan gajah terbabit memasuki kebun itu setiap hari sekitar pukul 1 pagi dan beredar memasuki semula kawasan hutan berhampiran pukul 6 pagi.

“Kami berharap agar Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) memantau keadaan di kampung ini.

“Sudah bertahun-tahun kami menghadapi masalah ancaman gajah ini sehingga ada penduduk sudah takut untuk masuk ke hutan,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI