fbpx

Operasi 10 kaunter PPZ-MAIWP dilanjut hingga 8 malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan.

PETALING JAYA – Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) melanjutkan waktu operasi 10 kaunter hingga jam 8 malam selama empat hari dari 28 hingga 31 Disember ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Shukri Yusoff berkata, lanjutan masa operasi itu bagi memberi ruang kepada umat Islam menunaikan kewajipan berzakat sebelum berakhir tahun 2020.

“PPZ-MAIWP meminta orang ramai untuk menyegerakan bayaran zakat selewat-lewatnya 31 Disember bagi mendapatkan rebat cukai pendapatan tahun taksiran 2020.

“Namun begitu, orang ramai disarankan untuk membuat pembayaran zakat lebih awal bagi mengelakkan kesesakan di kaunter pada saat akhir,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Ahmad Shukri, pembayar yang membayar zakat di PPZ-MAIWP juga turut diberikan kelebihan diatas kesetiaan sekali gus dilindungi menerusi Skim Kafalah Muzakki.

” Skim ini melayakkan waris untuk menerima sumbangan sejumlah RM3,000 jika berlaku kematian kepada pembayar zakat,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI